Tema MAHA 2024, "Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom", mencerminkan aspirasi kita untuk menuai kejayaan di masa hadapan dengan usaha dan inovasi yang kita terokai pada hari ini. Tema ini menekankan kepentingan inovasi dalam memastikan keterjaminan makanan untuk negara. Dengan cabaran perubahan iklim, peningkatan populasi, dan ketidakstabilan pasaran global, kita perlu terus mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam sektor pertanian.

Bersandarkan kepada Tema MAHA 2024 ini, terdapat beberapa aspirasi utama yang ingin dicapai. Pertama, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai teknologi pertanian moden di kalangan petani dan pengusaha tempatan. Melalui pameran ini, pengunjung dan pemegang taruh akan dapat merasai pengalaman secara langsung untuk aplikasi inovasi seperti pertanian pintar, penggunaan data besar (Big Data), dan automasi boleh diaplikasikan dalam operasi harian mereka.

DATUK SERI HAJI MOHAMAD BIN SABU
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Majlis Peluncuran MAHA 2024 l 10 Jun 2024 I MAEPS, Serdang

MAHA: SEBUAH LEGASI
MAHA
SEBUAH LEGASI BERMULA 1923
Bermula pada tahun 1923, MAHA telah menjadi pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara. Melangkaui satu abad penganjuran, MAHA telah menjadi pameran sektor pertanian yang sentiasa dinanti oleh segenap lapisan masyarakat kerana membawa elemen teknologi terkini dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. Menerusi siri pameran yang dianjurkan, MAHA telah menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
MAHA 2024
Meraikan 100 tahun penganjuran, MAHA edisi 2024 akan memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan penyertaan daripada pelbagai negara, mencetus pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan dan mengangkat minat golongan muda untuk turut serta dan menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama.
MENGENAI
MENGENAI MAHA 2024
Meraikan 100 tahun penganjuran, MAHA edisi 2024 akan memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan penyertaan daripada pelbagai negara, mencetus pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan dan mengangkat minat golongan muda untuk turut serta bagi menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama.
FOKUS
FOKUS
MAHA 2024
SAMBUTAN 100 TAHUN MAHA
PERTANIAN
KELESTARIAN
MODAL INSAN MADANI
TEKNOLOGI
AGRO PELANCONGAN
MAHA GO GLOBAL
PELABURAN

1
MAHA GO GLOBAL
2
PENYERTAAN ANTARABANGSA DAN SESI KHAS PERNIAGAAN
3
ROAD TO MAHA 2023 (6 ZON)
4
TEKNOLOGI & PAMERAN IR 4.0
5
KERJASAMA KERAJAAN DAN SEKTOR SWASTA
6
PENINGKATAN AKTIVITI AGRO LIFESTYLE
7
PENINGKATAN PENGALAMAN KEPADA PENGUNJUNG MAHA
8
AKTIVITI TARIKAN KANAK-KANAK
9
Memorable Collectable Items - MAHA 100 YEARS
10
WAJAH BARU MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS)
MENUAI HARAPAN MEMBINA MASA HADAPAN
MAHA 2024 membolehkan para pengunjung memulakan perjalanan di mana impian untuk kehidupan yang lebih mudah dan lestari berkembang. Dalam dunia yang semakin ditakrifkan oleh kesibukan bandar, keindahan pertanian dan landskap menawarkan peluang untuk berasimilasi dengan alam bagi menghayati hakikat kehidupan yang selaras dengan konsep Malaysia MADANI.
KATEGORI IKON
PERTANIAN
Mengungkap keajaiban dalam setiap suapan
MAHA2024
SENI & BUDAYA
Terokai kekayaan keindahan budaya Malaysia
MAHA2024
KELESTARIAN
Terokai pertemuan antara inovasi dan alam semula jadi
MAHA2024
MAHA 100 TAHUN
Ulang Tahun MAHA yang ke 100 Tahun
MAHA2024
TEKNOLOGI
Terokai dunia masa hadapan dimana teknologi memudahkan urusan
MAHA2024
PELANCONGAN
Keindahan alam yang luas dapat mencipta pengalaman terindah
MAHA2024
MAHA GO GLOBAL
Pengantarabangsaan MAHA ke peringkat global
MAHA2024
PELABURAN
Peluang pelaburan terbaik

PETA
 
1
ZON 1 : SELAMAT DATANG & KAWASAN PERDANA
 
2
ZON 2 : GAYA HIDUP AGRO
 
3
ZON 3 : PAVILION NEGERI
 
4
ZON 4 : KEAJAIBAN DIWAKTU MALAM & AKTIVITI AIR
 
5
ZON 5 : AGRI-PARK
 
6
ZON 6 : TAMAN SAMBUTAN, VETERINAR & TAMAN KEJURUTERAAN AGRO